Tuesday 1 April 2014

The Daily Mail Makin Dahsyat Memfitnah


Naib Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor, tidak pernah dihubungi oleh The Daily Mail atau memberi kenyataan mengenai juruterbang Penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

 Beliau juga menafikan ada memberi kenyataan bahawa Zaharie, 53, mengalami gangguan psikologi ekoran masalah rumah tangga seperti yang disiarkan MailOnline iaitu portal online The Daily Mail.

 “Saya tidak mengenali Zaharie secara peribadi, apatah lagi mengetahui jika beliau mengalami masalah rumah tangga. “Ada ramai juruterbang berdaftar di Malaysia, lebih 4,000 dan tidak mustahil untuk ada antara kami tidak pernah bertemu,” katanya semalam.

 Portal berita antarabangsa berpangkalan di United Kingdom itu melaporkan, Manan dalam satu sesi temu bual bersama MailOnline mendakwa Zaharie mengalami gangguan psikologi.

Sebelum ini, anak kepada juruterbang MH370, Aisyah Zaharie, 28, menyatakan kemarahan dan kekecewaan dengan laporan portal berita luar negara, MailOnline yang didakwa memfitnah. Dalam laman Facebook beliau, anak sulung Zaharie itu menulis ‘Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda’, yang merujuk kepada laporan portal berkenaan.

Nurul Wana Pir Facebook

Link

Aslinda Pit popular kerana doggieselfie di Petronas!

Dengar cerita account twitter ni bukan account tuan punya badan ini sendiri tetapi dibuat oleh bekas teman lelaki Aslinda Pit. Tapi, yang pasti, aksi doggie di Petronas tersebut memang miliknya sehinggakan ramai yang membuat hashtag #doggieselfie dan menjadi trending di twitter.




OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”