Wednesday 27 November 2013

Doreaemon Mahu Diharamkan Di Bangladesh

Siapa di sini gemar dengan anime Daraemon? Kami yakin kebanyakkan pembaca gemar memonton anime ini semasa kecil. Di Bangladesh anime ini menjadi kontroversi nasional kerana dikatakan menjadikan anak-anak Bangladesh pemalas, suka ponteng sekolah dan menjadi agen India dalam menghancurkan bahasa kebangsaan Bangladesh.

Anime Doraemon ditayangkan di Disney Channel India yang boleh ditonton di Bangladesh. Untuk versi tempatan, anime ini dialih bahasa kepada bahasa Hindi. Ibu-bapa serta ahli politik risau anak muda Bangladesh mempelajari bahasa Hindu, bahasa kegunaan jiran mereka India dan akan melupakan bahasa kebangsaan iaitu Bengali. Selain daripada itu mereka juga mengatakan Nobita memupuk semangat malas kerana sentiasa memerlukan bantuan Doreaemon untuk segala benda. Ahli politik Bangla mahukan anime ini diharamkan dari tayang TV tempatan sebelum anak-anak Bangladesh menjadi pemalas. Di dalam beberapa laporan akhbar tempatan ada juga ibu bapa menyalahkan masalah ponteng sekolah terhadap Doraemon. What the what?

Aneh Bangladesh! Di Malaysia Doraemon tidak pernah menjadi isu negara. Tak ada pula anak Malaysia yang jadi malas dan ponteng sekolah kerana kucing robot bewarna biru ini. Sebab inilah negara kita lebih berkualiti dan berdaya saing berbanding Bangladesh. Terima kasih Dato Seri Najib kerana tidak pernah menyalahkan Doraemon keatas masalah negara. Beliau hanya menyalahkan agen Yahudi iaitu Pakatan Rakyat sahaja.


Laporan asal blogserius

HERO kucing yang dipotong kaki selamat menemui penciptaNya

Bagi pencinta haiwan semestinya kisah HERO salah satu kisah yang sentiasa terpahat di hati.

HERO kucing yang terbiar dijumpai dalam keadaan terbaring di kaki lima dengan kedua-dua kakinya dipotong individu yang tidak punya belas kasihan.

Kini HERO telah pergi buat selamanya akibat leukemia.

R.I.P

Sedikit kisah mengenai HERO dan PAPA HERO :

Maki hamun polis trafik yang menyamannya, lelaki langsi ini bakal dipenjara 2 tahun



Seorang anggota Polis Trafik IPD K.Pilah semasa bertugas kawalan kesesakan lalu lintas di Jalan Dato Ulu Muar Kuala Pilah pada 25/11/13 jam 10.30 pagi telah mengambil tindakan saman keatas sebuah kenderaan yang menghalang lalu lintas,


Pemilik kereta seorang lelaki Melayu umur 20an mempersoalkan tindakan saman dan pada masa sama lelaki tersebut bertindak mencabar dan mencekak baju serta merakam gambar anggota Polis Trafik tersebut menggunakan handphone.

Anggota Polis Trafik itu dgn tenang "TIDAK MELAYAN" provokasi pemilik kereta tersebut & beredar dari tempat kejadian.

Disebabkan TIDAK PUAS HATI dgn KETENANGAN Polis Trafik itu, dia telah muat naik gambar tindakannya ke Facebook dgn kata2 makian & UGUTAN.
Menurut sumber, Satu lapuran Polis dibuat selepas kejadian berlaku.

Tindakan:

1) Bertindak diatas kejadian Polis Kuala Pilah menyiasat kes dibawah sek. 353 kanun keseksaan kesalahan menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

2) Lelaki disyaki telah ditangkap untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah.

3) Sek.352 KK membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua duanya sekali.

# silap tempat mau tunjuk samseng daaaa...

Perjawatan kerja kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)Perjawatan kerja kosong terkini di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebagai :
Jawatan kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

1. Penyelia
2. Penolong Penyelia
3. Kerani Am



Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2013.

Maklumat Lanjut Dan Borang Sila klik di Sini
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”