Tuesday 27 August 2013

Gambar Neelofa Jadi Bualan Hangat Di Instagram

Pelakon Neelofa dan Lana Nordin ibarat seperti pelanduk dua serupa apabila sering mendapat kritikan peminat gara-gara penampilan yang pelbagai dan seksi.


Terbaru, Neelofa menjadi perbualan hangat peminat lelakinya di Instagram kerana memuatnaik sekeping gambar sedang memeluk seorang lelaki berbaju oren.

Ekoran itu, segelintir peminat yang berfikiran negatif melemparkan komen kritikan yang tidak tentu pasal.

Gambar Menarik Nora Danish Di Surabaya

Cantik-cantik gambar pemandangan yang dikongsikan aktres comel Nora Danish di laman Instagramnya.

Nora kini sedang berada di Surabaya, Indonesia menjalani penggambaran soundtrack bagi filem Suami Aku Ustaz lakonannya bersama Adi Putra.

Turut kelihatan dalam gambarnya itu ialah pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak selain ‘teman tapi mesranya’, Nadeem Nazri, ibunya, Salimah Talib turut serta dalam rangka kerjanya ke negara jiran itu.

Jom layan gambar-gambar menarik Nora ini ya!






Cris Suzanne Tak Malu Akui Ambil SPM 2 Kali

Heroin filem KIL yang sedang ditayangkan kini, Cristina Suzanne mengakui dirinya pernah mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak dua kali.

Dia yang lebih senang disapa sebagai Cris menyatakan, “zaman sekolah saya buruk, busuk dan tak pernah dapat perhatian sesiapa. Ambil SPM pun dua kali. Kalau kawan lain, lepas SPM terus sambung belajar ke universiti atau kolej, tetapi saya tidak.



“Mereka mungkin mahu kelihatan ‘cool’ dengan ikut saja arus normal (masuk universiti selepas SPM) tapi saya cari ‘cool’ cara lain. Saya buat perkara yang saya rasa terbaik untuk diri,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Walaupun berstatus selebriti, nyata aktres comel kacukan Melayu-Jerman ini seorang yang sangat jujur serta berterus-terang tentang kehidupannya.

Ternyata walaupun terpaksa mengulang balik SPM namun lihat keadaan diri Cris hari ini, berkat kesabaran dan usahanya, kini namanya dilihat menyerlah dan sebaris dengan pelakon wanita pelapis tanah air yang lain seperti Izara Aishah, Anzalna dan Tasha Shilla.

Dicekup bawa balik kekasih gelap



BANDARAYA MELAKA – Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam.

Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan.

Pasangan terbabit yang dicekup  sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup.

Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.

“Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.

“Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang.

Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.

“Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Cerut orang kanan Hitler dilelong



LINCOLN – Beberapa batang cerut yang telah dibawa keluar dari rumah pemimpin kanan Parti Nazi, Hermann Goering pada akhir Perang Dunia Kedua dilelong pada harga £1,300 (RM6,695) di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Cerut yang ditempah khas untuk Goering itu telah di bawa keluar dari sebuah bilik bawah tanah rumahnya di Brandenburg di Jerman.

Seorang penjual persendirian kemudian mewarisi cerut tersebut dari saudara-maranya.
John Leatt yang merupakan pelelong daripada firma lelongan Golding Young and Mawer berkata, ia adalah barangan yang luar biasa dan masih belum disentuh.

“Cerut itu dibeli oleh pembida luar negara melalui internet dan harganya melebihi anggaran sebelum ini iaitu antara £800 hingga £1,200 (RM4,128-RM6,192),” katanya.

Menurut Leatt, pada kotak cerut tertera perkataan Sondernfertigung Reichsmarschall Hermann Goering, yang bermaksud ‘Dibuat Khas Untuk Marsyal Hermann Goering’.

Tandatangan pemimpin kanan Hitler itu dan nama syarikat pembekal cerut tersebut, Gildemann Ltd turut dicetak di kotak berkenaan.

Goering membunuh diri pada malam sebelum dia dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 15 Oktober 1946 kerana melakukan jenayah kemanusiaan semasa Perang Dunia Kedua.

Wartawan berwawancara sambil menampakan Payudara

Penyiar radio sekaligus kolumnis sebuah akhbar di Kanada, Lori Welbourne, melepas bajunya saat menemubual Datuk Bandar Kelowna, Walter Gray, pada minggu ini. Dia terus menemubual Gray sambil bertelanjang dada.

Welbourne, yang membawakan acara radio On The Rocks dan menulis sebuah medan untuk akhbar the Province, sedang bertanya kepada Gray tentang apakah legal bagi seorang wanita bertelanjang dada di depan umum, seperti dilansir surat kabar the Daily Mail, Senin (26/8).

“Bagaimana jika saya pergi menyusuri jalan-jalan dengan keadaan telanjang dada?” tanya Welbourne.

Namun, sebelum Gray menjawab pertanyaannya, Welbourne menyerahkan mikrofonnya kepada Gray dan langsung membuka tali bajunya, serta memperlihatkan payudaranya tanpa sehelai benang.

“Apa yang kamu lakukan,” ucap Gray, yang langsung dijawab Welbourne, ‘Di sini udaranya benar-benar panas’.

Setelah merasa tenang usai melihat aksi Welbourne itu, Gray kemudian menjelaskan bahawa seseorang mungkin boleh saja memanggil polis tapi hanya sedikit perkara boleh dilakukan pihak berkuasa kerana pada kenyataannya memang legal bagi seorang wanita untuk bertelanjang dada di tempat di mana kaum lelaki juga boleh melakukannnya.

Aksi Welbourne itu ditunjukkan untuk memperingati Hari Telanjang Dada yang biasanya dilakukan pada hari Minggu di tarikh yang berhampiran dengan 26 Ogos.

Bertelanjang dada di depan umum bukanlah sesuatau hal yang melanggar undang-undang di Kanada kecuali hal itu dianggap tidak senonoh. Ini juga legal bagi perempuan di sejumlah negara bahagian Amerika Syarikat walaupun masih banyak yang menyatakan tidak sah.

“Jadi saya boleh pergi bertelanjang dada di sini, di Kelown?” tanya Welbourne.

“Sejujurnya, saya tidak menyarankan anda melakukan hal itu, tetapi saya fikir anda tidak melakukan kejahatan apa pun atau melanggar peraturan,” jawab Gray.

Sekumpulan perempuan melakukan aksi telanjang dada di berbagai kota, termasuk di New York pada 25 Ogos semalam untuk memperingati hak perempuan dalam bertelanjang dada di depan umum. Acara tahunan ini bermula pada 2007 lalu.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jOmgouk_U20

Isu Video Tak Pakai Seluar: Kilafairy Akui Tak Ambil Kisah

Jika sekitar bulan Ramadhan yang lalu, aktress berbibir seksi, Kilafairy telah ditemplak gara-gara memuat naik video yang menunjukkan die memakai baju sehingga paras peha dan di dakwa tidak berseluar.

Isu Video Tak Pakai Seluar: Kilafairy Akui Tak Ambil Kisah Dengan Kritikan Peminat
Namun jelas Kila, kritikan yang dilemparkan terhadapnya tidak sedikitpun memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya.

“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaa saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar.”

“Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari  Instagram saya,” jelasnya kepada Malaysian Digest.com.

Dalam pada itu, Killa turut mengakui perkara tersebut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dan dia bercadang untuk menggunakan model sahaja agar perkara sebegini tidak berulang lagi.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”