Thursday 9 May 2013

Siti Saleha Lesbian...

Tentu para peminat Siti Saleha tertanya-tanya apa kaitan Siti Saleha dan lesbian. Siti Saleha memang seorang lesbian tetapi itu hanyalah dalam filem Tujuh yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

Dalam filem tersebut Siti Saleha akan berprewatakan sebagai Tina yang merupakan seorang Lesbian. Ketika ditanya mengenai anggapan orang terhadapnya selepas ini, secara ringkas dia menjawab itu hanyalah lakonannya semata-mata.

“Saya akan melakonkan watak Tina, seorang Lesbian dan ini merupakan watak yang berbeza dari yang lain kerana sebelum ini saya lebih kepada watak yang baik, sopan dan ini merupakan watak antagonis, yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya untuk melakonkannya dengan baik”

“Saya tidak ada masalah tentang apa orang akan bercakap mengenai diri saya ini, kerana saya tahu ini merupakan sebuah filem — sebagai pelakon yang perlu mengikut watak & skrip yang telah diberi oleh pengarah, dan perlu untuk saya jayakannya dengan sebaik mungkin”

“Saya tahu masyarakat & peminat mengerti ini hanyalah watak saya dalam filem sahaja dan di luar saya normal,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia juga membuat sedikit kajian mengenai lesbian dengan menggunakan internet, filem dan juga buku untuk melihat bagaimana kaum minoriti ini, bergaul bersama-sama dengan masyarakat.

“Saya membuat sedikit kajian dengan menggunakan internet, filem yang berunsurkan lesbian dan membaca sedikit artikel mengenainya,” kata Siti Saleha.

Sementara itu, bercakap mengenai kisah percintaan beliau, Siti Saleha mengaku yang beliau masih solo dan tidak mempunyai hubungan dengan mana mana lelaki.

“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman lelaki dan biarlah itu semua datang kemudian, yang penting biarlah saya fokus kepada dunia lakonan ini dahulu,” tambahnya lagi.

Gambar: Ashraf Muslim Dakwa Laporan Di Akhbar Satu Fitnah

Terkejut juga satu Malaysia semalam apabila seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi satu kenyataan yang beliau memang mengenali Ashraf Muslim & sangat hampir untuk mengahwini pelakon itu.

Laporan akhbar tersebut yang keluar semalam menguatkan khabar angin yang bertiup mengatakan Ashraf Muslim telah hadir ke mahkamah syariah untuk permohonan kahwin untuk kali kedua.

Namun melalui akaun Twitter beliau semalam, Ashraf Muslim jelas kurang senang dengan kenyataan Sakinah melalui akhbar tersebut & mendakwa semua itu satu fitnah yang mempunyai motif peribadi.

“Makin banyak fitnah dilemparkan yang direka-reka oleh wartawan Harian Metro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah”

“Luahan hati, makin lama makin ramai yang suka melemparkan fitnah demi kepentingan masing masing,” tambahnya lagi melalui Twitter tanpa mengulas lanjut akan kebenaran dakwaan Sakinah.

BONUS: Peminat hiburan di forum Cari telah berjaya menemui beberapa keping gambar yang di’dakwa sebagai gadis bernama Sakinah ini selain ada dakwaan baru yang mengatakan Ashraf Muslim & Sakinah sudah pun bertunang. Hmm.

Gambar: Penggambaran Filem Manisnya Cinta Lakonan Nur Fazura & Shaheizy Sam

Sebelum ini kami ada paparkan beberapa keping gambar persiapan para pelakon untuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta Di Capadoccia. Ya, itu tajuk penuh.

Sedar tidak sedar, penggambaran filem ini sudah pun masuk hari ke-9 di Malaysia dan menurut maklumat dari Red Films, filem Manisnya Cinta ini juga akan menjalani penggambaran di Turki.

Seperti dejà vu bukan? Ia mungkin kerana filem Bernard Chauly sebelum ini Istanbul, Aku Datang juga mengambil negara Turki untuk menjadi latar belakang filem yang cukup popular itu.

Manisnya Cinta Di Capadoccia menampilkan Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faisal Hussein dan Josiah Hogan sebagai teraju utama untuk jalan cerita filem ini selain barisan pelakon yang lain.

Berikut merupakan gambar gambar terkini yang di’muat naik oleh produksi ke laman Facebook rasmi mereka supaya anda boleh dapatkan kisah yang terkini tentang perjalanan filem yang memang di’nantikan ramai ini.

SUMBER:rotikaya

Tasha Shilla, Nur Fathia Habis RM26,000 Berbelanja Sakan Di Kota Paris

Mungkin lebih lagi tetapi itulah jumlah yang di’laporkan oleh Harian Metro keluaran hari ini akan perbelanjaan mewah Tasha Shilla & Nur Fathia ketika mereka berada di kota fesyen terkenal, Paris.

Tasha Shilla di’khabarkan telah membeli dua kasut tumit tinggi jenis pumps berjenama Christian Louboutin yang masing masing berharga RM4,000 & RM5,800. Bukan kasut orang kebanyakkan. Heh.

Selain menunaikan impian memperagakan kasut jenama terkenal Christian Louboutin itu di kota Paris, Tasha Shilla turut membawa pulang sebuah beg toteberjenama mewah Prada bernilai RM6,000.

Nur Fathia pula tidak melepaskan peluang untuk membeli sebuah beg tangan jenama Chanel yang berharga hampir RM10,000 selain beberapa barangan lain termasuk kasut jenama Christian Louboutin juga.

Siapa kata bergelar pelakon hari ini tidak mampu survive dalam Malaysia? Berikut adalah beberapa keping gambar Tasha Shilla & Nur Fathia bersama Fizo Omar juga Aiman Hakim Ridza di kota Paris. Enjoice!

SUMBER: rotikaya

Ashraf Muslim & Noor Dayana Berkahwin

Ah semakin menarik perkembangan isuAshraf Muslim yang di’khabarkan ingin berkahwin dua ini. Hari ini menerusi Harian Metro, seorang gadis tampil memberikan penjelasan akan isu ini.

Gadis yang mahu di’kenali sebagai Sakinah ini berkata yang beliau sudah lama mengenali Ashraf Muslim & Noor Dayana juga tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup selebriti dan pengamal perubatan Islam itu.

“Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan”

“Bagaimanapun, jika ianya berlaku, dia redha,” ujar Sakinah yang juga mengatakan beliau sudah melakukan solat Istiqarah dan sudah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

“Bagaimana pun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan sahaja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf & isterinya,” tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi.






BACA: Gambar Pra Perkahwinan Jehan Miskin & Julie Camelia Rhee


2.41PM – Jehan Miskin sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee dengan dua kali lafaz sekitar 2.40 petang hari ini dengan mas kahwin (mahar) RM12,000 

2.16PM – Majlis nikah belum bermula tetapi para media yang hadir telah menerima beberapa keping gambar pra perkahwinan Jehan Miskin & Julie Rhee buat tatapan anda semua.

2.11PM – Apa yang kami tahu setakat ini adalah yang nama asal bakal isteri Jehan Miskin ini adalah Julie Rhee.

2.06PM – Para tetamu kini memenuhi ruang Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur untuk majlis pernikahan Jehan Miskin & gadis pilihan beliau berasal dari Korea.

Developing…

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”