Tuesday 5 March 2013

Agenda dalang pencerobohan Sabah akhirnya bocor di Facebook?


KUALA LUMPUR 5 Mac - Satu akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.

Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:

1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.


3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.
Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: "MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia... kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13". - UTUSAN ONLINE

Facebook Lucah Cari Pelangan




FACEBOOK UNTUK 18SX | Isu Semasa - Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.

Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com/2012/11/facebook-lucah-cari-pelangan.html#ixzz2MebDl2bu

Budak Di Facebook Hina Wira Negara di Lahad Datu

Budak Di Facebook Hina Wira Negara di Lahad Datu:-Seorang remaja facebook telah mengaupdate status facebooknya dengan mengatakan pejuang-pejuang dia lahad datu bukan seorang wira negara untuk lanjut sila baca image dibawah


Cantik Gambar Neelofa Ketika Berada Di Morocco


Gambar Noor Neelofa ketika berada di Morocco. Baru-baru ini, ramai yang memujinya apabila Neelofa Bertudung, cantik. Jelas, ramai peminat Lofa yang memberi galakan dan sokongan bila mula berhijab. Berikut ialah beberapa Gambar Neelofa Memakai Tudung ketika berada di Casablanca Morocco.

Gambar Neelofa cantik bertudung dihadapan Masjid terbesar dan memiliki menara tertinggi di dunia. Pembinaan Masjid ini hampir $1 billion dan dianggarkan mampu menampung 100 ribu orang jemaah.



Neelofa Berhijab. Gambar ketika dihadapan Masjid Al-Koutoubia, Masjid terbesar Marrakech. Ramai peminat Neelofa MeleTop! Mengharapkan artis pujaan mereka ini terus bertudung.



Kita sesama manusia hanya mampu berpesan-pesan dan berdoa, Insyaallah suatu hari nanti akan tiba juga masanya. Gambar Neelofa Ayu bertudung diambil dari laman sosial Neelofa.


kapal Pengawal Pantai Filipina sedia beri bantuan kemanusiaan



Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City 
atas kemungkinan dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat ketegangan insiden pencerobohan ke atas Sabah.

Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini ‘sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk ditempatkan di sempada antara kedua-dua negara jiran ini’.

"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dengan tentera Sultan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.

Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau penghantaran pulang rakyat Filipina dari timur laut Sabah. 

TIADA ANGGOTA YANG TERKORBAN, OPERASI MASIH BERJALAN:ZAHID HAMIDI



Menteri pertahanan mengesahkan Tiada anggota keselamatan yang terkorban atau cedera dalam operasi hari ini, bagaimanapun di pihak musuh belum dapat dipastikan kerana operasi masih berterusan.

Zahid dan Hishammuddin juga berkata, operasi bersama polis dan tentera ini akan menjadi modul pada masa hadapan dalam menghadapi sebarang ancaman ke atas keselamatan negara.

Sidang akhbar Zahid dan Hisham tadi dikawal angota polis dan tentera yang bersenjata mesingan.Orang Sulu di negara ini tidak mendengar khabar angin tentang tindakan terhadap mereka.

Serangan ini dituju kepada pengganas Sulu dan bukan keturunan Sulu yang terdapat di seluruh negara.

Operasi Hampir Selesai, ATM tidak akan dedah taktik digunakan dalam serangan



LAHAD DATU 5 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh mendedahkan taktik yang digunakan dalam operasi serangan ke atas penceroboh Sulu yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Bagaimanapun, Panglima Angkata Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, serangan itu ada menggunakan letupan tertentu agar pihak penceroboh tidak memasuki kawasan yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan negara.

Sementara itu Wartawan Utusan Online, BORHAN ABU SAMAH melaporkan:

"Operasi hari ini menggunakan 3 buah pesawat pejuang F18 dan 5 buah Hawk, kata Zahid Hamidi.
Beliau juga sahkan tiada anngota keselamatan tercedera dan di pihak pengganas Sulu belum dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung.

Hishamuddin pula beri jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan keselamatan Sabah dan negara ini."

Jeslina Hashim sah bercerai talak satu


Penyanyi dan pelakon  Jeslina Hashim yang pernah popular menerusi filem Seri Dewi Malam harini sah bercerai talak satu dengan suaminya Dion Andrew Vercoe 40 pada pukul 9.55 pagi tadi setelah lapan bulan tidak duduk sebumbung.

Jeslina sebelum ini telah hadir ke mahkamah untuk proses penceraian namun terpaksa di tangguh kerana Andrew tidak dibenarkan melafazkan talak kerana Jeslina dalam keadaan tidak suci.
Kedua-dua pihak juga sudah setuju untuk bercerai secara baik juga hak penjagaan anak,mutaah dan hadanah dapat diselesaikan tanpa pertikaian.

Mereka dikurniakan dua orang anak dan mereka akan tinggal bersama bekas suami  dan diberikan hak lawatan kepada Jeslina di sertai dengan wang nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan dan wang edah sebanyak RM5,000.

Kita hanya merancang namun takdir menentukan segalanya,diharap Jeslina akan terus tabah dan jangan berputus asa atas kegagalan lalu jadikan ia satu titik permulaan untuk kehidupan yang lebih baik serta percaya pada qada dan qadar.



Azwan Ali mahu jadi calon bebas di PRU 13?



Pengacara sensasi Azwan Ali  harini telah meyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke 13(PRU-13) dek kerana yakin akan pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang selebriti dan ia bukan sekadar cakap kosong sahaja.

Menurut Azwan, dia pernah meluahkan hasratnya itu di Twitter untuk melihat reaksi dari peminat dan rasa bersyukur kerana hasratnya itu mendapat maklum balas yang baik serta menggalakkan.

Walaubagaimanapun, Azwan masih belum membuat keputusan kerusi mana yang dia akan bertanding.

Azwan juga merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) Azmin Ali bekata beliau tidak akan sesekali mencabar Perdana Menteri seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial. Jelasnya lagi beliau ingin bertanding selepas melihat ramai golongan artis telah menyertai parti politik. Tambanya lagi, dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Rakyat Marah Malaysia Bunuh Pemberontak Filipina

Di Manila-Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia Disana yang di Jangka akan diserbu penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia Menyerang Kedudukan Pemberontak Sulu Pagi Tadi





GAMBAR HOT ERIN MALIK SANAMROBIK


Pelakon Erin Malek telah memuat-naik beberapa gambar dirinya sedang melentur badan ke belakang
ke dalam laman Instagram miliknya.

Beliau dikatakan baru habis bersenam dan gemar melakukan aktiviti yang menjaga bentuk badan.
Gua puji artis ni yang aktif bersenam dan mengekalkan gaya hidup sihat walaupun dia sebelum ni dikaitkan dengan gaya hidup yang kurang sihat.

Apapun, bersenam ni bagus beb.. Selain boleh menguatkan jantung, ia juga bagus untuk awet muda tau..





OPERASI SERANGAN KG TANDOU, KENYATAAN PENUH PM



KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.

Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

LETUPAN BOM KEDENGARAN BERHAMPIRAN KAMPUNG TANDUO LAHAD DATU


Daripada Krew MyMassa yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu, beberapa letupan bom dapat didengar dipercayai daripada jet pejuang tentera Malaysia, Sukhoi yang dijatuhkan di Kg Tanduo.

Selain itu, berita diperolehi serangan mortar ke arah kampung tersebut turut dijalankan

Kg. Tanduo merupakan lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina.


DOAKAN KESELAMATAN PASUKAN KESELAMATAN KITA. 

NEGARA MALAYSIA, NEGARA BERDAULAT!



Operasi Darat Bermula, Selepas Serangan Udara Lahad Datu



berhampiran dengan lokasi serangan Kampung Tanduo. Serangan Udara baru sahaja dihentikan sebentar tadi.
Operasi Darat Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia meliputi ATM dan Polis mengambil alih serangan keatas tempat persembunyian penceroboh.





OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”