Friday 19 October 2012

Hari Tanpa Baju Dalam


Terbaik Dari Model Facebook




FB link

Felix Ferlisa Tan Model Di facebook


Link TO Felix Ferlisa Tan Fb

Hukum Pakai Kopiah Nampak Rambut


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, ini ada satu persoalan telah diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus. Soalan tersebut ialah, apakah hukum memakai kopiah yang menampakkan rambut. Jom ikuti ulasan jawapan yang diberikan oleh ustaz.





Hadirin bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai bolehkah kita memakai kopiah dengan menampakkan rambut. Soalan ini telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis kuliah agama yang telah disampaikan oleh beliau. Jom tonton video tersebut di bawah ini dan ringkasan ceramah Ustaz Azhar Idrus ada di bawah.

PERTANDINGAN RATU CANTIK LEMBU DI CHINA

Ini ialah gambar dari pertandingan Ratu Cantik Lembu ataupun Miss Cow di Provinsi Shanxi, China. Lembu yang menyertai pertandingan ini dihakimi dari segi rupa dan kualiti susu yang dihasilkan. Pertandingan ratu cantik ini diadakan bagi mempromosikan industri lembu susuan provinsi ini yang terkenal dengan keenakan susunya.





Kuswadinata Semakin Tenat, Tiada Harapan Untuk Hidup


perkembangan terkini mengenai Seniman Kuswadinata diMstar Online hari ini. Beliau kini sedang berada di dalam keadaan tenat akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.




Yang paling menyedihkan ialah apabila doktor mengesahkan yang Kuswadinata sudah tiada harapan untuk hidup lagi. Namun kuasa Allah siapa yang tahu. Sama-samalah kita doakan agar keajaiban boleh berlaku. Menurut anak Kuswadinata, jantung ayahnya boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. Katanya:-

Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan.

Apple Kalah Rayuan Halang Samsung Tiru Reka Bentuk Tablet


LONDON: Info terbaru mengenai kes saman Apple terhadap Samsung di Mahkamah Eropah, syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS), Apple kalah sekali lagi dalam rayuannya menghalang Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan.

Ekoran keputusan yang di buat oleh Mahkamah Rayuan Eropah itu, ianya dijangka akan menamatkan pertikaian di antara dua syarikat gergasi itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khususnya di pasaran Eropah.



Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat persamaan, komputer tablet Samsung Galaxy tidak melanggar reka bentuk Apple, kerana produk itu tidak kelihatan menarik.

Dengan keputusan ini,  pada masa sama ianya dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi mengalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan mengenai reka bentuk komputer tablet di rantau itu.

Tunang Saya Amat Memahami – Diana Amir

Diana Amir merupakan salah seorang pelakon di dalam filem PE3. Namun ketika filem ini dirakamkan, Diana Amir masih belum berhijrah. Malah watak yang dipegangnya di dalam filem ini merupakan watak seorang penggoda yang seksi. Siap ada babak memakai gaun pendek lagi.


Oleh kerana segan dengan penampilannya di dalam filem PE3, Diana Amir tidak menghadiri majlis tayangan perdana bersama media baru-baru ini. Ditanya tentang pandangan tunangnya mengenai wataknya di dalam filem ini, Diana Amir berkata:-

Alhamdulilah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah. Dia hanya tegur apa jua tindakkan atau perlakuan saya sekarang. Dia akan memberitahu apa yang patut saya buat dan apa yang tidak. Perkara yang lalu tidak pernah diungkitnya lagi. Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya. Terutama sekali David Teo dan Farid Kamil yang sagat memahami situasi saya dan saya sangat berterima kasih kepada mereka

PE3 merupakan filem terakhir sebelum penghijrahan Diana Amir. Jadi sudah tentu Diana Amir mampu menarik nafas lega sekarang. Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada tunang Diana Amir, Farid Kamil dan David Teo kerana begitu memahami gelodak di dalam hati Diana Amir. Anda bertiga memang sangat tinggi nilai toleransinya. Tahniah

Motosikal terbang


Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.

JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.


“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Tidak lama kemudian saya mendengar riuh rendah di luar rumah memanggil nama saya dan memberitahu ada motosikal tersangkut di atap garaj rumah saya,” katanya.

Sebaik sahaja keluar rumah, Ramlah memberitahu, orang ramai sedang berkerumun di hadapan rumahnya menyaksikan kejadian yang belum pernah terjadi sepanjang tinggal di tanah rancangan terbabit.

“Saya meminta jiran-jiran untuk menurunkan dua orang remaja yang tercampak di atas atap rumah saya,” katanya yang memberitahu jiran-jiran turut membantu menurunkan motosikal tersebut dari bumbung rumahnya.

Suaminya, Mat Yusuf Noh, 66, berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan sebahagian atap garaj rumahnya rosak.

“Kejadian ini sebenarnya bukan kejadian pertama menimpa keluarga saya di mana sebelum ini, rumah ini pernah dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang di hadapan rumah saya ini.

“Sebahagian dinding batu roboh, namun bernasib baik kerana secara kebetulan, tiada kereta diletakkan di bawah garaj tersebut,” katanya.

Penunggang motosikal terbabit, Muhammad Fikri Saridan, 16, yang patah kaki dan tangan, sempat terjun dari motosikal tersebut sebelum tercampak ke atas atap.

Sinar Harian dimaklumkan, dua rakan sebaya Muhammad Fikri yang membonceng motosikal tersebut turut tercampak ke atas atap.

Salah seorangnya patah tangan dan masih di rawat di Hospital Jengka manakala seorang lagi cedera ringan.

Wanita sembunyi arak curi di celah paha




SELVAKUMAR (kiri) dan Michael (tengah) menunjukkan gambar beberapa suspek yang terlibat dalam kegiatan mencuri barangan di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 27 September lalu di KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.

“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.

“Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Perompak datang serah bayi



LEGA…Cho Tun mengucup bayinya sambil diperhatikan Soe Aung.
SUNGAI BULOH: “Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi,” kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu.

Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya.

Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya.

“Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu.

“Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Mati dihempap konkrit 40 tan






MALANG…mayat mangsa yang terperangkap dibawa ke hospital.

SHAH ALAM: “Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu turut menyebabkan lima lagi pekerja parah, seorang daripadanya putus kaki.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan sebelum mereka tiba kurang 10 minit selepas dihubungi.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”