Friday 3 August 2012

“Ini Pengalaman Pertama Tasha Bekerja Dengan Aunty” – Tasha Shila



Bulan ini merupakan kali pertama pelakon manis Tasha Shila menceburi bidang perniagaan di Bazar Ramadhan. Semua sedia maklum bahawa Tasha telah menjual biskut raya yang dikenali sebagai ““Gemilang Tasha Shilla Cookies” di Bazar Ramadhan Kg. Baru.

Menerusi temubual pihak OHBULAN! dengan Tasha Shila di Majlis Berbuka Puasa bersama pihak Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, beliau menyatakan bahawa penjualan biskut rayanya mendapat sambutan yang menggalakkan. Katanya lagi, “Ini merupakan pengalaman pertama Tasha bekerja dengan aunty Tasha dan Alhamdullillah ianya mendapat sambutan yang menggalakkan. Lagipun sebelum ini Tasha memang selalu ambil biskut raya dengan aunty, cuma baru tahun ini mula nak jual biskut dekat Bazar Ramadhan.”

Bercerita mengenai persiapan raya, Tasha memberitahu bahawa tahun ini beliau tidak banyak sangat membuat persediaan untuk sambutan Aidilfitri.

“Tasha tak buat banyak sangat persediaan untuk raya, cuma dari segi baju tahun ini banyak sikitlah,” ujarnya sambil tersenyum. Pada tahun ini Tasha akan mula raya di Batu Pahat, Johor dan seterusnya beliau akan balik kampung di Ulu Yam, Selangor.

Jangan lupa saksikan cerita lakonan Tasha pada hari raya nanti, “Pulut Kacau Meriam Kabait” di siaran Astro.

USTAZ AZHAR IDRUS - Hilang D@ra


[Video] Cap Ayam vs Cap Bewok (Casino) - Ustaz Azhar Idrus


OLIMPIK - PULUHAN PUSAT PELACURAN DITUTUP DI LONDON~!!




PEKERJA SEKS mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya sukan berkenaan.

Menurut kajian oleh seorang ahli majlis dewan perbandaran, polis menutup sekitar 80 buah rumah pelacuran di sekitar stadium itu di sini sejak 18 bulan lalu.

"Sejak dua tahun lalu, polis meningkatkan operasi membanteras para pekerja seks di kawasan sekitar stadium," kata Georgina Perry yang mengendalikan sebuah projek kerajaan bagi membantu pelacur di London Timur.

"Sebahagian wanita berkenaan terpaksa mencari pelanggan di jalanan dan berdepan dengan bahaya ekoran banyak rumah pelacuran telah ditutup," tambahnya.

Sukan Olimpik kali ini yang dijangka disaksikan oleh dua juta pelawat, akan membawa masuk pendapatan sekitar £13 bilion (RM64.1 bilion) untuk ekonomi Britain dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pelacuran dibenarkan di Britain tetapi menguruskan rumah pelacuran menjadi kesalahan di negara berkenaan.

DASYATTT!! SCENE FILEM AKSI PALING HEBAT DALAM SEJARAH!!


 Hari ini gua hidangkan satu scene filem aksi terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang sejarah perfileman di atas muka Bumi!

Wachowski brothers (pengarah Matrix Trilogy) pun mungkin tak pernah terfikir untuk membuat aksi-aksi
di luar kewarasan akal sebegini!
Enjoy...

[Video] Ustaz Azhar Idrus – Hukum Wanita Sembahyang Tidak Pakai Baju Dalam


Ustaz Azhar Idrus – Hukum Wanita Sembahyang Tidak Pakai Baju Dalam

Tentu ramai yang nak tahu apa hukumnya kan sebab selalu ada kaum wanita yang melakukan ibadah dengan cara begini, jom dengar apa kata Uztaz Azhar Idrus:



Kad nama legend di zaman sekolah



Siapa pernah ada kad ni dulu? Zaman aku sekolah rendah dulu memang famous gila menatang name card ni wooo. Dalam satu kelas tu boleh kata 95% lah yang ada kad nama ni dulu. Memang LEGEND kad nama ni. Budak laki ke perempuan semua tidak ketinggalan mempunyai kad nama ni


Aku tak ingat harga satu set kad ni berapa. Tapi dalam satu set tu ada dalam 12 keping lah. Design kad boleh pilih nak macam mana,dulu budak perempuan banyak letak background gambar kumpulan Westlife atau pun artis korea Won Bin. (Aku lah tu sebenarnya. huahuahua) Sebab time tu cerita Autumn in My Heart tengah famous dekat tv3. Budak-budak Westlife pon time tu tengah pemes sangat. Sekarang tah mana pegi depa ni tah. Buat projek menternak ikan keli sambil nganyam tikar mengkuang lah kot. Kalau yang girlish sikit mesti pakai background hello kitty. Konon dia pon comel macam hello kitty tak ada mulut lettewww


Time ni punya lah masing-masing tahan lapar sebab nak kumpul duit nak buat kad nama ni.Nasi lemak favourite mak cik leha kantin pon tak pandang derrr time ni. Alah dulu-dulu belanja rm2 je untuk sekolah pagi dan petang. Duit pon bukan masyukk sangat. Demi kad nama ni semua tak kesah berlapar. Kira time tu kalau kau tak ada kad nama ni kau tak urban dan kolot lah. Yang tak menahan tu nombor telefon letak nombor telefon rumah. Sebab dulu-dulu mana lah budak-budak sekolah rendah pakai handphone lagi. Sekarang? Bukan kata handphone, masing-masing ada tab sorang sebijik. Tak main dah lah kad-kad nama ni. Semua ni ketinggalan zaman kata nya. Dunia di hujung jari je sekarang maaaa


Time nak tunggu kad ni sampai dekat tangan, masing masing tak keruan. Mandi tak basah kuyup,makan pon tak sendawa nam kali sampai kenyang.Punya lah gelabah masing-masing. Padahal kad nama je pon. Selalunya dalam kelas adalah 2-3 orang jadi agen jual kad ni. Tak pon budak-budak kelas sebelah ke yang jual. Bila kad ni dah siap, terkinja macam beruk mak nyeh dapat pisang je masing-masing punya gaya. Eksaited kemain. Time tu semua senyum kembang sampai ke cuping telinga


Kad yang aku kumpul dulu-dulu pon dah hilang ke mana tah. Dah bersemadi dengan aman nya dalam tempat pelupusan sampah dan dah dikitar semula lah kot. Ni bila kawan-kawan lama tag gambar ni dekat facebook,memang mengimbau kenangan dulu je *berkumandang background lagu Zaiton Sameon*


Ayat famous yang mesti ada dalam kad:


@kenang daku dalam doamu
@Senyum selalu :)
@Semoga berjaya dalam hidup
@Friendship forever / Remember me always (omputih sikitt)


Macam-macam lah lagi ayat-ayat yang cliche. Nama, alamat rumah, nombor telefon semua complete. Walaupun nombor telefon rumah je kekdahnya. Bagi kad nama ni dekat secret admirer,call rumah dengar suara bapak yang angkat tepon,terus gabra, cepat-cepat letak telefon.


Kalau nampak kad nama ni dekat cikgu disiplin,habis semua kad kena rampas.Bergenang laju-laju air mata dan air hidung serentak, sebab bersungguh-sungguh ikat perut tahan lapar,tak pasal-pasal kad pulak kena culik dengan cikgu disiplin.


So, ada sesiapa tak pernah melalui zaman ke'famous'an kad nama ni??? Cer cerita sikit dulu letak background kad nama tu gambar apa?? :D

[Video] Rahsia Kaaba


[Video] Dalam Kaaba


[Video] Lirik lagu menghina ISLAM Nicki Minaj - Beam Me Up Scotty


{video} Salah siapa?



Rafizi Mengaku Bersalah Abai Akta BAFIA


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaku bersalah kerana mengabaikan peruntukan Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan) 1989 dalam pendedahannya berkaitan dakwaan penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation).



“Saya mengaku saya tidak melihat secara terperinci tentang BAFIA masa itu. Sebab pada tanggapan kita, ianya benda biasa. Namun apabila saya teliti dan kaji, andai Yang Dipertuan Agong mendedahkan sesuatu lebih kurang sama untuk kepentingan awam, Agong juga harus masuk penjara,”katanya.


Pada 26 April lalu, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh (Pengerusi NFC) Ismail telah membuat laporan polis berkenaan pendedahan maklumat peribadi perbankan dirinya.

Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC dan juga 4 lagi syarikat berkaitan (National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd).

Selain itu, dalam masa yang sama Rafizi juga didakwa telah mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka.

Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan).

Katanya, Rafizi telah “memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta” dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

“Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City,” jelas Mohamad Salleh menyangkal dakwaan Rafizi.

Dalam masa yang sama, Mohamad Salleh juga turut membuat laporan kepada BNM (Bank dan Institusi Kewangan) ekoran Rafizi yang didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut Akta BAFIA 1989.

Rafizi didakwa melakukan kesalahan terbabit kepada media untuk tujuan politik.

Beliau turut menyenaraikan nama Public Bank kepada BNM kerana bank tersebut gagal mematuhi perjanjian melindungi hak peribadi dan keselamatan pelanggannya.

Sementara itu, Johari Mohamad (Bekas kerani Public Bank) yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat sulit perbankan NFC kepada Rafizi mengaku telah meletakkan jawatan daripada bank itu pada 2 Mei lalu apabila majikannya memberi surat tunjuk sebab.

“Saya telahpun melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank dan akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja,” jelas Johari.

[Lawak] Si Saleem Yang Sengal



Saleem menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya.

Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah."

Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu.

Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni."

Tiba-tiba Saleem berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun di 4 perhentian sebelumnya."

Majlis Iftar Paling Tidak Syaria Compliant


[18 Gambar] Studio Animasi PIXAR


Minggu ini kami banyak paparkan ruangan pejabat. Ini adalah kerana kami sedang mencari inspirasi untuk ruangan pejabat baru kami. Bulan depan Obefiend akan berpindah ke rumah baru dan beliau mahu sebuah office yang bad ass serta kewl untuk kegunaan harian. Ketika buat research terjumpa pelbagai gambar pejabat-pejabat syarikat yang awesome.

Hari ini giliran studio PIXAR pula. PIXAR seperti yang kita sedia maklum bertanggung jawab menghasilkan UP, Toy Story, The Incredible, Hikayat Hang Setia dan Finding Nemo. Studio inilah yang merubah dunia animasi dunia. Kerana kewujudan PIXAR dan keberuntungan francais Toy Story, studio-studio lain juga berlumba-lumba menghasilkan filem animasi 3D mereka sendiri.

Studio yang terletak di Emeryville California ini dibina atas arahan Steve Jobs pada tahun 1999. Pada ketika itu PIXAR masih dimilik Apple sebelum ianya dijual kepada Disney dengan harag USD 7.4 billion. Anyways studio animasi ini menerapkan elemen rekaan yang diperhalusi oleh Arwah Steve. Sebagai contoh beliau mahukan sebuah ruang pejabat yang membenarkan perkongsian idea dengan mudah. Ruangan atrium gergasi diletakkan di tengah-tengah kampus dan dijadikan focal point untuk pekerja Pixar berinteraksi. Kampus ini menjadi tempat kerja kepada 1200 orang. Keluasannya pula ialah sekitar 20 ekar. Disekeliling kampus terdapat amphiteater yang mampu menempatkan 600 orang, padang bola, kolan renang bersaiz Olimpik dan trek jalan kaki.







Bayi Dalam Kandungan Memegang Tangan Doktor Ketika Proses Kelahiran





Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu. Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya.

[Seram] 8 Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest

Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ, ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!









Scha Al Yahya Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur


Scha Al Yahya geletek Awal Ashaari bangun sahur : Manja & berlainan caranya apa Scha Al Yahya geletek Awal Ashaar bangun sahur.



KUALA LUMPUR,2 OGOS 2012: Scha Al- Yahya dan Awal Ashaari akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan pada Ramadan yang kerana masing-masing melalui detik pertama kalinya menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan agak manja.

“Saya akui memang saya jenis yang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya selalunya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan. Jika dulu ibu saya sangat menegaskan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur masa tu.

“Cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Namun berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

“Cara Scha kejut sahur tidak terasa sangat kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun,” jelas Awal ketika ditumui pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

“Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana hari lainnya kami berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

“Kebiasaanya saya akan masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, kerana Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.



“Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama,” jelasnya Scha pula.

Awal dan Scha telah berkahwin pada 4 Mei lalu dan kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata

Pengorbanan Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa Setiap Hari


Pengorbanan Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa Setiap Hari : Pengorbanan seorang ibu, sanggup menggadaikan nyawa setiap hari.

Seorang ibu di Rantau Panjang, terpaksa bergadai nyawa setiap hari demi membesarkan enam anaknya sejak 35 tahun lalu.

  
Rokiah Isamil, 59, berkata, pekerjaannya mencari dan membekalkan daun palas bukanlah perkara mudah kerana daun palas hanya terdapat di kawasan semak belukar.

“Sepanjang tempoh 35 tahun ini, banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Saya pernah dibelit ular sudu selar kerana terpijaknya ketika sedang mencari daun palas.

“Alhamdulillah saya terselamat dan saya tetap teruskan kerja hingga kini,” katanya.

Menurutnya, walau kini anaknya sudah mencecah umur antara 25 hingga 43 tahun, dia tetap meneruskannya.

“Tidak pernah timbul rasa jemu dalam diri kerana itulah kerja yang dilakukan selama ini untuk membesarkan mereka,” katanya.

Rokiah berkata, permintaan terhadap daun palas akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan memandangkan orang ramai akan menggunakannya untuk membuat ketupat.

“Hari biasa saya cuma hantar 1,000 pelepah seminggu ke Wakaf Che Yeh. Namun, menjelang raya, jumlah ditingkatkan.

“Tahun lalu sahaja, saya jual sekitar 5,000 pelepah dan akan cuba meningkatkannya kepada 10,000,” kata nenek kepada enam cucu ini.

Dia berkata, antara lokasi beliau mencari daun palas ialah sekitar Lubok Jerak dan Gual Dalam, bagaimanapun…

“Bagaimanapun, kawasan mencari daun palas semakin berkurangan membuatkan saya melebarkan pencarian ke beberapa kawasan lain bagi mendapatkan bekalan mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai harga yang ditetapkan, Rokiah berkata, ia berbeza dari harga sekitar 35 tahun lalu.


“Daun ini dijual mengikut gred antara RM18 hingga RM25 berbanding sekitar RM3 untuk 100 pelepah, 35 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Menurutnya, setelah diproses, daun palas itu akan dihantar ke Wakaf Che Yeh, Machang dan Tanah Merah, iaitu lokasi baru sempena bulan Ramadan. Namun, pada hari biasa, saya hanya menjual di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh sahaja,” katanya.

Ekslusif Gambar Raya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya


Ekslusif Gambar Raya Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya : Gambar raya ekslusif dari Awal Ashaari dan Scha Al-Yaha hanya diMedia Hiburan.







Hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk seluruh umat Islam sedunia menyambut Aidil Fitri, kalangan rakan media sudahpun membuat beberapa photoshot edisi Hari Raya bersama artis.

Kali ini Media Hiburan telah memanggil pasangan hot Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sebagai cover majalah mereka.




Ibu, anak ditahan mabuk di pusat hiburan



KUALA TERENGGANU – Memalukan! Seorang ibu bersama anak gadisnya bukan sahaja tergamak mencemari kesucian Ramadan dengan berhibur di sebuah pusat hiburan, malah mereka dengan tidak rasa bersalah meneguk minuman keras di tingkat empat Plaza Perdana, di sini, awal pagi semalam.

Aktiviti maksiat kedua-dua beranak itu yang tinggal di Rumah Pangsa Bukit Depu, Kuala Ibai, di sini, terbongkar apabila mereka antara 52 pengunjung yang ditahan dalam serbuan ‘Ops Noda Bulan Ramadan’ oleh anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat daerah (IPD) Kuala Terengganu bersama anggota Penguat kuasa Syariah Kuala Terengganu.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi itu, ‘si ibu’ yang berusia 34 tahun dan si anak 16 tahun ditangkap ketika sedang asyik menuang minuman keras sambil berhibur dengan dikelilingi lelaki bukan muhrim, rata-rata dalam kalangan buruh dan nelayan.

Kedua-dua beranak itu yang berpakaian menjolok mata ditahan bersama lima wanita dan tujuh lelaki di bawah Seksyen 23 (1) Enakmen Jenayah Syariah Takzim Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan minum minuman memabukkan.

Turut ditahan, seorang pondan berusia 32 tahun atas kesalahan memakai pakaian dan menyamai perempuan di tempat awam.

Siasatan awal mendapati, dua beranak itu yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan sebelum ini pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan sama dan didapati tidak pernah insaf.

Serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung terdapat premis yang membenarkan remaja bawah umur masuk dengan menawarkan pakej serendah RM10 sahaja jika tidak mahu minum minuman keras di samping turut menjalankan urus niaga lebih masa.

Dalam serbuan itu juga, beberapa botol minuman keras dan gelas minuman keras turut dirampas sebagai barang kes manakala tiga pekerja premis terbabit yang beragama Islam serta pemiliknya turut ditahan atas kesalahan menyediakan dan menjual minuman keras kepada orang Islam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan tangkapan dan operasi berkenaan.

Ditipu beli baju kurung di Facebook




DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

Gadis fobia tengok sayur




Abi Stroud hanya makan tiga bungkus roti, tiga ketul keju dan tiga bungkus kentang goreng bagi diet mingguannya. 

NEWPORT, Wales 30 Julai - Seorang remaja perempuan di sini yang mengalami fobia makanan, hanya makan keju, roti dan kentang goreng selama lapan tahun ekoran mengalami masalah pemakanan luar biasa.

Abi Stroud, 18, akan mengalami serangan panik sekiranya makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah membuatnya tidak keruan jika melihat seseorang mengopek kulit pisang.

Corak pemakanan Stroud dalam tempoh seminggu melibatkan tiga blok keju, tiga beg kentang beku dan tiga buku roti, namun kesemuanya dibeli mengikut jenama tertentu.

Remaja tersebut mula menolak cara pemakanan normal sejak berusia 10 tahun akibat masalah psikologi selepas kematian neneknya sambil menyatakan dia berasa malu dengan perkara itu.

"Saya hanya boleh makan keju dan kentang, perkara itu sangat memalukan.

"Saya tidak berani untuk keluar makan bersama rakan-rakan kerana bimbang disuruh makan makanan lain," katanya.

Masalah yang dihadapi Stroud digelar 'Masalah Pemilihan Makanan (SED)', di mana dia mengalami fobia terhadap kesemua makanan sehingga membuatnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Selain itu, remaja tersebut juga hanya makan makanan yang disediakan oleh ibunya, Debra, 42.
Amalan pemakanannya turut menyebabkan Stroud mengalami masalah kesihatan dan berat badan sejak berusia 16 tahun.

Apakah Hukum Menghisap ‘Shisha’?




Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Apakah Sebenarnya Shisha Itu?

Shisha (Waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat
kurun yang lalu. Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.
Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buahbuahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.
Bahkan nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.

Jenis Tembakau Shisha

Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu‘assal معسل) ) dan ‘ajami ( عجمي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.

Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.

Cara Menggunakan Shisha

Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau shishaitu dengan meletakkan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau shisha ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.

Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap daripada alat shisha ini, dia bukan sahaja menyedut asap daripada tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing
mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil dari pembakaran tersebut.

Kesan Shisha Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau
Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi
kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:
Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.
Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan
boleh membawa maut.

Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri

Agama Islam sebagai ugama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka sendiri, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman

Allah Subhanahu Wa Ta‘ala:

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu.” (Surah an-Nisa 29)

FirmanNya lagi:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda :

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia dari membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya
sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Bahkan dia adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Kehidupannya adalah hak Allah Subahanahu Wa Ta‘ala kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan nikmat Allah kepadanya.

Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Tidak ada perbezaan antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahanlahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam
menentukannya ialah :

“Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).”

Maka jika sesuatu benda itu sabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang
memudharatkan hendaklah dielakkan bahkan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya yang serta merta, kedua-duanya perlu dielakkan.

Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa shisha itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Kerana apabila syara‘
mengharamkan al-khaba’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah:

“Apa jugamakanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur alkhaba’its adalah haram.”

Yang mana kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadis di atas. Maka apabila shisha itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan shisha itu juga adalah haram.

Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah menerangkannya dengan terang dalam firmanNya:

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk.” (Surah al-A‘raf 157)

Antara maksud atau huraian perkataan al-khaba’its ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau dari sumber-sumber yang memudharatkan. Walaupun perkataan al-khaba’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullahu Ta‘ala ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:

“Mengikut pendapatku: Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”

Hukum Penggunaan Shisha

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai shisha, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok, bahkan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa shisha itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.

Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan shisha membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram.

Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri


Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri : Berikut adalah senarai Dua Puluh Harga Barangan Kawalan Sempena Aidilfiri 2012 ini.

Seperti biasa apabila menjelang musim perayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kali ini telah mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai dari 12 hingga 26 Ogos.

“Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau turut berkata peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Para Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, tambahnya.

Berikut adalah Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri 2012 nanti;

1. Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70)
2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
7. Daging kerbau import India (RM13.50)



8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
9. Telur ayam Gred B (RM0.34 sen)
10. Telur ayam Gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
12. Cili merah (RM10.00)
13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja (RM6.00)
15. Kacang tanah import (RM6.50)
16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
17. Bawang besar import (RM2.50)
18. Bawang putih China (RM7.50)
19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00).

Segala senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak akan terdapat sedikit perbezaan harga.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN ” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.




Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia


Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantantersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.
Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Fakta Menarik Mengenai S@ks





Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan


Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau bernikah dengan Abby Abadi dan beri amaran untuk ambil tindakan kepada orang yang memfitnah beliau.

Abby yang menyertai PAS pada bulan lalu dengan keanggotaan seumur hidup telah digosipkan bernikah dengan seorang Adun parti PAS.



Bagaimanapun, wakil rakyat Pas itu menegaskan segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.



“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil  langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby yang telah menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan laman sosial twitter menafikan beliau mempunyai sebarang hubungan dengan  Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Adun Kelaboran Nafi Nikahi Abby, Beri Amaran Tindakan

Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri



Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.
Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

Penjaga Gol Tidak Hadir Prosiding Khalwat


Penjaga gol tidak hadir prosiding khalwat :  Perintah saman akan dikeluarkan kerana penjaga gol tidak hadir prosiding khalwat.



PETALING JAYA – Mohd Farizal Marlias (26), penjaga gol Malaysia yang beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal dan Manchester City pada bulan lepas dikenakan perintah saman oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana gagal hadir prosiding khalwat yang dikenakan keatasnya dan pasangan.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan saman berkenaan kepada Mohd Farizal, dan pasangannya Zaiton Othman (29) serta penjamin mereka yang juga bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin kerana turut tidak hadir prosiding.

Mohd Farizal dan pasangan sepatutnya hadir untuk sebutan pertama kes khalwat mereka hari ini.

Mereka didakwa berkhalwat di sebuah tempat di Petaling Jaya, pada awal pagi, 11 Oktober 2011 lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, beliau tiada
menerima sebarang makluman mengenai ketidakhadiran Mohd Farizal Marlias dan Zaiton.

Justeru itu, Shafezan memohon mahkamah mengeluarkan saman kehadiran terhadap pasangan itu serta penjamin mereka.

Mahkamah turut memerintahkan semula mereka hadir pada sebutan kes 13 September depan.

Wan Mahyuddin menegaskan, sekiranya saman di luar bidang kuasa sudah diserahkan kepada Farizal tetapi masih gagal hadir pada tarikh akan datang, maka waran tangkap akan dikeluarkan.

Selepas prosiding kes itu tamat hampir satu jam daripada waktu yang ditetapkan, Khairul Izwan tiba berseorangan di mahkamah pada jam 1 tengah hari dengan membawa sijil cuti sakit (MC), namun demikian tiada dokumen dikemukakan untuk mewakili Zaiton pasangannya.



Mohd Farizal kini adalah penjaga gol pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis.

Norman Sebak Lihat Memey & Abby Berpelukan



PETALING JAYA – Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang berlarutan selama ini.
Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.
“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam adalah untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau diikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi, dan apatah lagi Memey.
“Ketika sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.
“Saya sangat terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit kegirangan ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa seperti filem Hindustan pula. Ini adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini,” cerita Norman ketika dihubungi di sini petang Khamis.
Tambah Norman Hakim, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak penuh kesyukuran kerana doanya untuk melihat bekas isterinya itu dan Memey menghapuskan sengketa termakbul dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.
“Saya ada juga bertanya kepada mereka, apa yang membuatkan mereka berdua kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.
“Apa-apa pun saya bersyukur kehadrat Ilahi, tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.
Norman menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.
“Saya berasa seronok sangat kami semua dapat berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi dilihat Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.
“Malah Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tambahnya lagi.
Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, aktor itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.
“Saya tak boleh nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status sebenar Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga dan hubungan ini.
“Memey sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.
“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang dan berniat untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya lagi.
Abby Abadi dan Norman Hakim pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim (8), Marissa Dania Hakim (6), dan Maria Danisha Hakim (63), namun perkahwinan itu terkandas pada 18 Disember 2008

Rumah Aznil digeledah perompak


KUALA LUMPUR – Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.
Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.
Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.
Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.
Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Ella Gembira Tunaikan Tarawikh Bersama Suami


Ella Gembira Tunaikan Tarawikh Bersama Suami : Ella gembira bila dapat tunaikan hajat bertarawikh bersama suami pada awal Ramadhan lalu.

Ella kali ini melahirkan rasa gembira apabila hasratnya untuk melakukan solat Tarawih bersama suami akhirnya tercapai pada awal Ramadan lalu.


Ella berkata, saat itu adalah antara paling manis yang pernah berlaku dalam hidupnya kerana dia telah memendam hasrat berkenaan sejak sekian lama.

“Walaupun sudah bergelar suami isteri tetapi kami jarang dapat bersama kerana tuntutan kerja masing-masing yang agak sibuk dan padat.

 
“Bagaimanapun hasrat saya untuk ke masjid menunaikan solat Terawih bersama suami sudah pun tercapai dan ia saat paling indah buat diri saya,” ujarnya kepada mStar Onlineketika ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di sini pada Rabu.

Tambah Ella, selepas menunaikan solat Tarawih juga, dia dan suaminya iaitu Azhar Ghazali,  sempat menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak untuk menikmati teh tarik bersama-sama.


Dalam pada itu, Ella memberitahu dia dan Azhar masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengakui perkahwinan yang dilalui banyak mengubah dirinya sebagai seorang wanita.

“Kehidupan selepas sebulan berumah tangga sangat menyeronokkan tetapi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan.

“Jika sebelum ini saya tidak perlu meminta pendapat orang lain tentang sesuatu perkara atau membuat keputusan kini saya perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Ella turut memberitahu dia sempat juga menyediakan juadah sahur untuk suaminya dan menyifatkan Azhar adalah seorang yang tidak banyak kerenah soal memilih makanan.

Ella dan Azhar telah bernikah pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga beliau di Klang.

Ella Gembira Tunaikan Tarawikh Bersama Suami


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”