Friday 20 July 2012

5 Bandar Besar Paling Busuk Di Dunia


Biasanya kita dengar banyak kisah tentang bandar tercantik di dunia, bandar paling sibuk di dunia, bandar paling misteri, tapi jarang kita dengar tentang bandar yang paling busuk di dunia.. betul tak?



Haa, mengikut laman web travel Skyscanner.com, seperti dilaporkan Courier Mail menyebut, ada lima bandar yang dianggap mempunyai aroma yang tidak sedap di dunia. Meskipun begitu, bandar ini tetap jadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal. Tapi bandar-bandar ini tentu saja bukan pilihan pertama jika anda mengharapkan bercuti di tempat dengan udara sejuk dan segar. Antara 5 bandar besar paling busuk di dunia ialah..



1. Cancun, Mexico



Cancun terkenal di kalangan para pelancong asing kerana keindahan pantai dan atmosfera yang hebat. Tapi Cancun juga popular kerana baunya yang sangat busuk. Kononnya, bau busuk di bandar pantai yang terletak di bahagian selatan Mexico ini berasal daripada bahagian bawah tanah yang berada di kawasan hotel-hotel.





2. Venice, Itali



Bandar ini memang mempunyai reputasi sebagai sebuah bandar yang indah dan romantik. Tapi sebaiknya jangan melawat Venice di bulan-bulan musim panas. Pada tempoh itu, sistem kebersihan atau pam pembersih sampah sedang melakukan tugas rutinnya. Iaitu membuang semua kekotoran terus ke saluran. Di cuaca panas, aroma yang agak ‘pelik’ yang menyengat.


3. Rotorua, New Zealand







Rotorua adalah sebuah bandar di tepi selatan tasik Rotorua di region Bay of Plenty, Pulau Utara New Zealand. Bandar ini terkenal dengan tempat mandian air panasnya yang hebat. Namun, para pelancong sepertinya akan sedikit terganggu dengan bau-bauan yang sepintas serupa aroma telur busuk. Hal itu disebabkan pembebasan hydrogen sulfida dari gleiser. Kerana bau belerang yang sangat busuk, Rotorua juga dikenali dengan panggilan “Bandar Sulfur”.



4. St Helen Auckland, Durham







St Helen Auckland, mungkin bukan destinasi percutian yang tepat. Tempat yang anda inginkan adalah udara yang segar. Hampir sebahagian besar pertanian tempatan menghasilkan bawang, sehingga desa kecil ini pun berbau seperti bawang yang sudah tengik. Beberapa pelancong yang pernah berkunjung ke sini mengingatkan ada kalanya mereka tidak boleh meninggalkan rumah, bahkan tidak berani membuka tingkap kerana bau yang sangat busuk dan menusuk hidung.





5. Côte-d’Or, Perancis





Daerah di bahagian selatan Perancis ini sering berbau kurang sedap kerana ia merupakan pusat pengeluaran keju yang paling busuk di dunia. Nama keju tersebut adalah The Epoisses de Bourgogne. Baunya sangat tidak kurang menyenangkan, sehingga makanan yang satu ini dilarang untuk dibawa dalam pengangkutan awam.

Gempar! Mayat Membaca Yasin Di Dalam Kubur


Assalamualaikum, ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Dipetik dari Edisikini





Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.



Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.



Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.



Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.



Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).



Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.



Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.



Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sebagai renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.





P/s: Jangan lupa kongsikan bersama kawan-kawan lain sebagai renungan dan manfaat bersama :)

6 Jenis Makanan Yang Boleh Hindari Migrain


Beberapa jenis makanan sering disebut sebagai pengubatan alternatif untuk penyakit tertentu. Menurut pakar gizi terkenal Joy Bauer yang juga penulis buku Food Cures, ternyata ada makanan yang boleh membantu mencegah migrain.



Berikut adalah diantara makanan yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit tersebut:

1. Telur
Makanan terkenal dengan kandungan omega-3 yang dapat mengurangi peradangan yang dikenal pasti sebagai penyebab migrain. Anda boleh mendapatkan telur yang diperkaya dengan kandungan kandungan omega-3, kerana ia dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.

2. Kekacang
Sejumlah penyelidikan telah mengaitkan kekurangan magnesium dengan migrain. Daripada hasil penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian daripada penghidap penyakit ini memiliki jumlah magnesium yang melalui proses pengionan dalam darah dengan jumlah yang sedikit. Cubalah untuk amalkan mengambil kacang-kacangan. Magnesium di dalam kacang melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Antara lain, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang, sepanjang sakit kepala melanda.

3. Susu skim
Riboflavin atau lebih dikenali sebagai vitamin B2 memiliki peranan penting dalam membentuk sel darah merah, antibody di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga sebab kurangnya tenaga dikenal pasti dapat meneybabkan migrain.

4. Biji rami
Biji-bijian dengan ukuran kecil ini memiliki kandungan gizi yang tinggi dengan asid omega-3 dan telah dibuktikan untuk mengurangi peradangan akibat migrain. Tidak hairanlah kerana biji rami memang sering dikatakan sebagai ubat untuk menurunkan risiko hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.

5. Bayam
Merupakan salah satu jenis sayuran hijau yang paling terkenal. Ini kerana bayam kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk menghindari migrain.

6. Salmon
Ikan ini sering disebut-sebut sebagai ikan tinggi kandungan omega-3. Ikan mahal ini juga termasuk di dalam kategori jenis makanan yang berpotensi untuk mencegah migrain

  

P/s: Jadi yang kerap kena migrain tu bolehlah amalkan makan makanan ni..
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”