Wednesday 4 July 2012

Pakcik Mengamuk Di SenQ Kramunsing Kota Kinabalu (Video)

Pakcik ini dikatakan mengamuk akibat ditipu SenQ, kejadian berlaku di Kramunsing Kota Kinabalu.
Selepas ditipu pakcik ini tiba-tiba menjadi kuat dan mampu merosakkan beberapa kerusi kedai SenQ!

Pakaian Mandi Sopan Dari USA (8 Gambar)

Di America terdapat pergerakan konservatif yang mahukan wanita tidak terlalu vulgar. Ianya terdiri dari penganut kristian konservatif yang merasakan dunia semakin mendewa-dewakan keseksian. Sebagai tanda menentang arus kemusnahan moral, mereka mahu wanita memakai pakaian yang lebih sopan bila pergi mandi di pantai. No string bikinis for these good Christians. HydroChic menghasilkan beberapa pakaian mandi yang mereka pasarkan sebagai modest swim wear. Ianya seakan-akan BURKINI yang dipakai oleh Muslimah tetapi tanpa hijab dan menutup aurat sepenuhnya. Menurut HydroChic memakai pakaina mandi yang sopan ini bukan sahaja selesa tetapi mengurangkan masalah sunburn serta kenser kulit. What do you think?





Tanam pokok ganja untuk tujuan perubatan



SAFED – Syarikat Tikun Olam di Israel menanam sejumlah pokok ganja di sebuah lokasi rahsia di atas bukit Galilee, utara negara ini yang dikawal rapi para pengawal bersenjata.
Pagar tinggi dan kamera keselamatan dipasang bagi mengelak kawasan penanaman pokok ganja itu dimasuki penceroboh.
Menurut para penyelidik syarikat itu, pokok-pokok tersebut ditanam bagi tujuan perubatan kerana ia boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
Ganja merupakan dadah terlarang di negara ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Israel, penggunaannya untuk tujuan perubatan dibenarkan buat kali pertama pada tahun 1993.
Pihak kementerian itu menyatakan buat masa ini, ganja digunakan untuk merawat 9,000 orang yang menghidap kanser, Parkinson, tekanan, skelrosis dan penyakit usus.

Jadi gay kerana ayah



KUALA LUMPUR: “Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.
“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.
“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.
Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.

Siapa Artis Lelaki Baru Bogel Di Pantai?



Sekarang ini, terlalu ramai peminat-peminat yang begitu pantas ‘membongkar’ cerita peribadi tentang seseorang artis di negara kita.
Kalau baru-baru ini, seorang penyanyi lelaki baru didedahkan dengan penipuannya tentang mempunyai tatu di lengan dan badan iaitu Awi Rafael.
Kata Awi, dia bukan berniat untuk berbohong kepada peminat-peminatnya.
Lantas, dia tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya serta mahu berubah bertaubat ke jalan Allah.
Rata-rata orang ramai memuji tindakan pengakuan yang dikemukakan oleh Awi Rafael.
Terbaru, beberapa keping gambar seorang artis lelaki yang juga pelakon baru sudah tersebar di laman Internet.
Cuma, penulis tidak dapat mengenal pasti siapakah pelakon lelaki tersebut.
Menerusi blog buahmulut.com, beberapa keping gambar pelakon lelaki itu yang berbogel dan hanya memakai seluar dalam dipaparkan.
Menurut cerita dari blog itu, seorang peminat telah mengirimkan email gambar-gambar ‘panas’ itu.
“Pelakon ni seorg yg ok, sgt friendly tetapi sy agak terkejut bila mendpt email dr kwn sy tentang gambar sexy pelakon baru itu smsa sedang bercuti di phuket thailand, persoalannyer. Sbg seorg pelakon baru kenapa dia berani mengexpose gmbr2 sebegitu. Kami sbg peminat agak hampa kerana sbg pelakon yg br nk menapak, dia seharusnyer menjaga tatasusila sbg pendatang baru. Ini nama pun br nk berkembang tp dh membuatkan peminat berasa jijik dgn gambar tersebut. Jadi tolong dapatkan penjelasan dr beliau tentang gambar2 ini,” kata pengirim emel tersebut.
Siapa agaknya ya?
Mungkinkah pelakon lelaki ini akan tampil memberikan penjelasan seperti apa yang Awi Rafael lakukan?


Kehebatan Voice Search Android Jellybean

Ini...................kemenangan! Now aku perlu beli Galaxy Nexus atau download ROM Jellybean. Super duper!





Makanan Dihidang Diatas Tubuh Wanita Tanpa Seurat Benang !


Sebuah restoran di barat mempunyai kelainan daripada hotel-hotel lain, mereka mengubah cara mereka menghidangkan makanan untuk menarik pelanggan datang makan di restoran ini..

Cara itu adalah meletakkan makanan tersebut diatas tubuh wanita-wanita bogel yang sedang berbaring diatas meja, pelik dan agak lucah disitu..namun, cara ini mendapat sambutan ramai disana..hurmm!











[Klasik] Awek Ukraine Permulaan Kurun Ke 20 (9 Gambar)

Kita semua tahu awek Ukraine adalah hot. Boleh menyaingi awek Sweden yang legendary. How do we knowt his? Pasal kita nampak kehotan mereka ketika Euro 2012 yang usai hujung minggu lalu. Awek yang aku paparkan banyak mekap. Persoalannya sekarang adakah awek Ukraine memang sejak azali cantik? Mari kita lihat gambar nenek moyang mereka pada permulaan kurun ke 20.






Nama – Nama Yang Sering Diganggu Jin

Biasanya dalam pemberian nama anak kita tak sedar yang nama-nama yang diberikan kadang kala merupakan nama yang juga digunakan oleh jin! Petikan ceramah ustaz Sharhan


Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis

2. Kistina/Qistina

3. Najwa

4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda






Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.

(UPDATE)

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab






Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.
Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..
Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam

Treler terjunam gara-gara elak lubang



Treler dinaiki dua beradik terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya, semalam.

JOHOR BAHRU – Gara-gara cuba mengelak lubang, seorang pemandu cedera ringan dan kelindannya patah kaki kanan apabila treler dinaiki hilang kawalan, lalu terjunam dari jejambat setinggi 10 meter di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.07 pagi itu, pemandu, V Ramu, 22, manakala adiknya, V Iswaran, 18, dalam perjalanan menghantar barang dari Melaka ke Pasir Gudang bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.
“Saya cuba untuk mengelak jalan berlubang dan disebabkan itu, saya gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas lalu melanggar pengadang jejambat berkenaan sebelum terjunam setinggi kira-kira 10 meter.
“Ketika itu, kami berasa cemas dan terbayang bakal berdepan dengan maut, namun kami bersyukur kerana masih terselamat walaupun adik patah kaki, selepas berjaya keluar daripada treler berkenaan saya terus menghubungi keluarga di Melaka.
Ramu berkata, akibat kemalangan berkenaan beliau mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila treler yang dipandunya rosak teruk, selain perlu menanggung kos memperbaiki kerana perlindungan insurans hanya membabitkan pihak ketiga.
Sementara itu, bapa mangsa, P Veteveloo, 45, bergegas dari kediamannya di Melaka selepas menerima panggilan Ramu memaklumkan mengenai kemalangan terbabit, termasuk kecederaan yang dialami Iswaran.
“Saya bergegas ke tempat kejadian kerana risau terhadap keadaan mereka, namun bersyukur kerana kedua-dua anak saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba, Taman Johor Jaya, Azemi Abdullah berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian membabitkan enam anggota bagi mengalihkan treler berkenaan yang mempunyai muatan karung plastik.
“Disebabkan kemalangan itu, Jalan Ros Merah Utama ditutup daripada laluan trafik sekali gus menyebabkan kesesakan,” katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja mengalihkan kenderaan dan muatan selesai kira-kira 2.15 petang, manakala kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

Ariel Peterpan Bakal Bebas 23 Julai & Luna Maya Kini Ada Kekasih Baru?



Tidak pernah habis gossip tentang pasangan selebriti sensasi dalam dunia hiburan Indonesia ini. Luna Maya kini khabar’nya sudah bertemu pengganti Ariel Peterpan.
Khabar dari penjara sudah mengesahkan yang Ariel Peterpan akan di’bebaskan dengan syarat pada 23 Julai 2012 ini jauh lebih awal daripada hukuman yang sepatutnya.
Itu perkara biasa terjadi kepada tahanan penjara jika mereka berkelakuan baik tetapi kita di’sini ingin bercerita tentang Luna Maya yang kini semakin kabur status’nya bersama Ariel.
Luna Maya kini di’khabarkan semakin akrab dengan seorang pengusaha cafe di kawasan Kemang, Jakarta dan beliau di’katakan banyak menghabiskan masa di cafe berkenaan.
Pelakon wanita popular Indonesia ini di’katakan menghabiskan masa yang lama berbual mesra dan lagak seperti pasangan kekasih bersama jejaka yang di’percayai pengganti Ariel.
Hubungan Luna Maya & Ariel Peterpan sebenarnya tidak pernah sepi walaupun lelaki itu pernah berkahwin dan mereka kembali menjalin hubungan selepas Ariel bercerai.
Peminat hiburan kini sedang menanti apakah yang akan berlaku sejurus pembebasan Ariel Peterpan daripada hukuman penjara. Adakah Luna Maya akan terus setia atau sebaliknya?

Isteri Pernah Tidur Dengan 6 Lelaki


Berikut luahan hati seorang suami yang kecewa mengingatkan kisah silam isterinya yang kelam. Walaupun begitu dia begitu mencintai isterinya dan mengharapkan rumah tangga mereka bahagia biarpun hatinya dibelenggu kerunsingan.
Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.
Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.
Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.
Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.
Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.
Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?
Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.
Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.
Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.
Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!
Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?
Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya. Bantulah saya puan!
Assalamualaikum tuan yang dirahmati Allah
Tuan yang dimuliakan, Perlakuan manusia dihasilkan daripada kombinasi kefahaman, keperluan, cara hidup, gaya hidup dan beberapa elemen emosi serta ketaatan manusia kepada penciptanya. Ia amat berkait rapat dengan pembinaan manusia secara kombinasi jasad, akal, roh dan nafsu yang mendorong manusia untuk mengikut peraturan atau tidak mengikut peraturan yang disediakan oleh manusia atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Manusia yang kurang ketaatan dan ketakutan kepada Allah S.W.T akan bertindak mengikut kesesuaian diri, keseronokan dan mengabaikan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, manakala manusia yang taat dan takut kepada Allah pula akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berusaha untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mungkar dan merugikan manusia. Sehubungan itu kelompok manusia yang suka melakukan perkara yang mungkar pula akan bertemu dengan manusia yang mempunyai “taste” yang serupa maka tidak hairanlah bahawa manusia yang melakukan zina maka akan bertemu dengan manusia yang suka melakukan zina juga.
Namun Allah S.W.T maha pengampun dan penyayang yang akan memberi jalan keinsafan walaupun sudah jelas segala kemungkaran itu berlaku akibat dari kerakusan nafsu manusia. Maka keinsafan yang bersungguh-sungguh dan diikuti dengan taubat nasuha akan membawa manusia ini ke jalan yang benar dan diredhai.
Ini yang berlaku kepada tuan, tuan telah pernah hanyut dalam kegelapan bersama-sama kekasih tuan yang akhirnya menjadi isteri tuan. Setelah pintu keinsafan terbuka dan tuan mengajak isteri tuan bersama-sama untuk membuka cerita baru dalam hidup ini, kisah lama yang disingkap telah membawa tuan menjadi lebih beremosi serta cuba mengubah sejarah silam mengikut acuan tuan sendiri. Tuan menganggap bahawa kisah silam tuan tidak pernah berlaku secara songsang, tuan memilih isteri yang tidak curang, tuan mengharap kekasih tuan juga seperti tuan iaitu boleh ditiduri oleh tuan seorang saja, bukan lelaki yang lain.
Padahal hakikatnya sama saja iaitu tuan pada masa itu tidak kekok untuk melakukan zina dan kekasih tuan pada masa itu juga mempunyai tujuan yang sama. Hanya setelah dikejutkan oleh keluarga, barulah tuan sedar dan berubah. Keadaan ini telah menambahkan helah bela diri tuan bagi merasionalkan anggapan tuan bahawa kenapa tuan boleh setia sedangkan kekasih (sekarang isteri) tuan boleh mencari pelbagai pilihan lelaki untuk ditiduri. Oleh itu tuan perlu memikirkan alternatif ini bagi membantu tuan mengubah persepsi tuan.
Pertama, pastikan maklumat dari isteri tuan ini adalah benar dan bukan sekadar menonjolkan “kehebatan” dalam sesi cabar-mencabar bersama tuan. Setelah dipastikan ketepatan, maka tuan perlu timbangkan kepentingan untuk terus berada dalam dilema ini. Cuba pastikan bila masa peristiwa ini berlaku, jika sudah menjadi lipatan sejarah maka tuan perlu menerima isteri tuan seadanya bukan menyingkap kisah lalu dan menyalahkan isteri tuan atas kecurangan yang berlaku.
Kedua, tuan perlu fahami keadaan cemburu tuan didasari oleh kasih atau dendam. Jika didasari oleh kasih maka bawalah isteri tuan ke pangkal jalan dan jangan tinggalkan dirinya seorang diri meredah segala duri kehidupan. Sebaliknya jika didasari dendam atau menjadi ‘pak sanggup’ di atas ketelanjuran maka tuan perlu memperbetulkan segala kepincangan ini dan perbetulkan niat perkahwinan tuan.
Tuan perlu sedar bahawa kejadian kaum Adam adalah pemimpin kepada kaum hawa, maka gunakan sebaik mungkin peluang keinsafan yang ada untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.
Ketiga, tuan perlu fikirkan semula jarak berjauhan tuan dan isteri yang boleh mengundang seribu satu macam persepsi negatif serta menggalakkan peluang kecurangan berulang kembali serta peluang fitnah yang berleluasa.
Oleh itu usahakan agar tuan dan isteri boleh berada dekat kerana tempat isteri adalah di samping suami. Keempat, tuan perlu kembalikan pemikiran positif tuan kepada diri tuan dan isteri iaitu dengan merancang apa yang akan tuan lakukan di masa depan bukan menoleh ke belakang dan mengimbau pengalaman dosa dan ketelanjuran yang boleh meracuni kebahagiaan suami isteri.
Tuan perlu faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan kerelaan tuan seperti tuan merelakan berlaku zina antara tuan dan isteri sebelum berkahwin. Tuan rela menerima isteri dalam banyak keadaan dan tuan sanggup melupakan segala kenangan silam demi untuk membahagiakan isteri tuan. Oleh itu tuan perlu berhenti dari memikirkan kisah silam dan tumpukan untuk usaha berada dekat dengan isteri tuan.
Tuan yang dihormati, yakinlah bahawa menjadi seorang pemimpin dalam keluarga , sangat besar tanggungjawabnya terhadap diri dan orang yang dipimpin. Ketahuilah bahawa tuan sudah berada di atas landasan yang benar, maka teruskan perjalanan dan perjuangan.
Usahakan agar isteri tuan tidak kembali kepada jalan perzinaan dengan sentiasa berada dekat dengannya, lupakan kisah silam masing-masing dan terima anugerah kebahagiaan ini untuk mempertingkatkan usaha merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T. Bantu isteri untuk takutkan Allah S.W.T dan beriman dengan Allah S.W.T kerana sesungguhnya apabila manusia takutkan azab Allah S.W.T maka dia akan berusaha menjauhkan dosa.


Mayat bayi perempuan ditemui di loji kumbahan



KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu dijumpai pada pukul 4.41 petang oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan loji kumbahan itu.
“Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama

Permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Pelajar IPT




Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.
Permohonan Kad Diskaun 1Malaysia
1. KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing. Info lanjut sila layari laman KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA

Kelantan kekal pendahulu Liga Super




KELANTAN mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.
Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.
Penyerang skuad Rusa, Mohd Firdaus Azizul membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 sebelum Mohd Azlan Ismail menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-46.
Mohammed Ghaddar Mahmoud menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-63 sebelum Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat lima minit kemudian.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan mengurangkan defisit jaringan apabila menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.
Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-13 dan 84 manakala gol tunggal skuad warga kota dijaringkan Emmanuel Okine pada minit ke-30.
Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol Johor FC dijaringkan Mohd Syazwan Zainon seawal minit kedua dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-45 manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.
Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam.
Penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-62 sebelum Muhd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan, dua minit sebelum tamat permainan.
Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.
Penyerang Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol pendahuluan skuad Seladang pada minit ke-43 sebelum pasukan pelawat membalas dengan dua gol menerusi Mohd Fazli Baharuddin pada minit ke-75 dan 78.
Sarawak turut menerima nasib sama apabila tumpas 0-1 kepada T-Team di Stadium Negeri Sarawak menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari pada minit ke-30. – Bernama

Bukti Coca-Cola Mengandungi Alkohol



Menurut kajian dan ujian terbaru yang dilakukan Institut PenggunaK ebangsaan Paris, minuman soda terkenal berasal dari Amerika Coca-Cola mengandungi alkohol.
INC yang berpusat di Parisitu mengatakan, selainCoca-Cola tanda Pepsi Colajuga mengandungi alkohol. Berita yang cukup mengejutkan ini dikeluarkan Press TV pada Sabtu 30 Jun 2012 lalu.
Majalah Perancis “60 Million Consumer” menerbitkan hasil ujian yang mengatakan bahawa tahap alkohol yang terdapat pada Coca-Cola adalah 10 mg per liter atau kira-kira 0,001 peratus alkohol.
Ujian itu juga menunjukkan “adanya unsur tertentu, seperti hidrokarbon yang dikenali sebagai alergen.”
Bahan kontroversi lain yang terkandung dalam Coca-Cola adalah asam fosfat, pemanis atau pewarna E150d (karamel amonia sulfit). Bahan-bahan itu baru saja disenaraikan oleh Negara Negeri di California sebagai berbahaya bagi kesihatan.
Coca-Cola dan Pepsi Cola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan bahan-bahan itu dalam produk mereka di Amerika Syarikat.
Survey juga mendedahkan bahawa jumlah gula yang tinggi terdapat dalam minuman tersebut, antara 17dan 19 potong gula satu liternya.
Berita ini tentu meresahkan pengguna Islam, kerana Islam melarang tegas minuman beralkohol.

Inilah Wanita Tercantik No 1 Di Cina



Banyak orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China.
Model bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti saiz wajah dan tubuh gadis itu.
Laman divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.
Shangzhen kini menjalani kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan pelakon. Perempuan dari Provinsi Chongqing ini sejak dua tahun terakhir malang melintang di industri permodelan Hong Kong.





Bandar bakal tenggelam di Malaysia



JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”