Saturday 16 June 2012

Alkisah rumah tangga di Facebook


“SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…,” antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat ‘cinta’ di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.

Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

“Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.

“Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok,” ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.

Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

“Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

“FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.

Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat. Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

“Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan. Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal,” ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

“Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza.


Punca Kuala Lumpur Dilanda Jerebu 16 Jun 2012

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.


Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal.

Keadaan jerebu itu dijangka berlarutan selama beberapa hari disebabkan ramalan bahawa cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa ini. Kenyataan itu menambah imej satelit oleh Pusat Kepakaran Meteorologi ASEAN di atas menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa. Imej itu menunjukkan bahawa jerebu bergerak dari Riau, Sumatera Tengah menuju ke pantai barat Semenanjung Malaysia. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi berkata hujan mungkin tidak berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.


Gambar Kuala Lumpur yang di selubungi Jelebu.. KLCC pon pudar dari pandangan..

Pada jam 3.15 petang 15 Jun, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi nya.

Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.

Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa tempat di Lembah Klang semakin buruk dengan empat kawasan merekodkan IPU tidak sihat berbanding tiga kawasan sebelum ini. Indeks yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang semalam, mencatatkan bacaan IPU di Cheras bertambah buruk kepada 105 berbanding 91 sebelum ini. IPU di Pelabuhan Klang dan Shah Alam, masing-masing meningkat kepada 147 dan 120 berbanding 130 dan 106 pagi ini. Bacaan IPU di Kuala Selangor bertambah baik sedikit iaitu 129 berbanding 131 sebelum ini. Tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (129), Pelabuhan Klang (147) dan Shah Alam (120).

Sementara itu, 34 kawasan merekodkan IPU sederhana dengan bacaan antara 51 dan 100 manakala bilangan kawasan dengan IPU yang baik, turun kepada 12 berbanding 14 awal hari ini. Antara kawasan mencatatkan IPU sederhana ialah Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 99, Banting (95), Sri Manjung (92), Tanah Merah (88), Putrajaya (78) dan Perai (74). Menurut kenyataan JAS, keadaan kualiti udara yang buruk di Lembah Klang dan Perak sejak pagi ini adalah disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Jerebu : 3 Kawasan mencapai tahap “TIDAK SIHAT” @ UNHEALTY.


“Kami meramalkan hujan sedikit di pantai barat Semenanjung menjelang pertengahan dan akhir minggu depan. “Negara kini sedang mengalami Monsun Barat Daya yang pada umumnya keadaan cuaca panas dan kering. Keadaan itu dijangka berterusan sehingga September,” katanya. – BERNAMA





Info Mas Kahwin Ikut Negeri


Mampukah anda? Rasanya setakat mas kahwin ramai yang mampu, bab hantaran tu yang pening sikit.

Lebih-lebih lagi kalau kena kategori mak bapak macam nak ‘jual’ anak tu kan. Mahu kena korek tabung.

Namun, dari satu segi lain pulak, kalau nak ambik anak dara orang, kenalah berbelanja dan berusaha lebih sikit sebagai tanda kesungguhan.

Sebenarnya yang lebih penting adalah keikhlasan membina masjid, bukan duit yang diperlukan untuk bina masjid itu semata-mata.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”